11 February 2012

Tuhan yang Bersalah?

Salam pada umat Islam, dan salam sejahtera utk yg bukan.

Pertama, aku nak bagitahu yg aku memang tak percaya dengan post sebelum ni, tentang Antara Kemenangan Ahli PBB. Seriously tu aku yang tulis ke? Aha

Situasi Kebiasaan Yang Terjadi :-
Di ejek/umpat 

Manusia sebaik-baik ciptaan Allah. Aku ulang sekali lagi, MANUSIA SEBAIK-BAIK CIPTAAN ALLAH. Jika seseorang itu hodoh, tak cantik, hitam, sakit downsindrome atau mempunyai apa-apa anggota/akal yang macam tak best, SALAH KE DIA? Itu bukan dia yang minta, Allah jadikan dia begitu. Jadi mengapa mahu mengejek beliau? Kalau dia hitam, jadi apa masalah? Dia SATU yang terpilih antara BERBILION sperma. Sekali gus membuktikan dia tu paling hebat dan kuat. Beliau tak minta nak dapat badan seperti Zayn Malik/Kim Kandarshian. Beliau cuma berjanji pada Allah yang akan jaga pemberian-Nya (tubuh badan) dengan baik. Salah Allah ke cipta manusia yang hitam? 
Kalau kau marah dia, marah jelah, tak perlu pun nak ckp "blabla kau itu ini, dah la hitam pendek". Takda kena mengena. Seriously tak!

Kadang-kadang manusia ni lupa, ciptaan siapa yang sedang dia perkatakan.
Manusia bermegah-megah pada tubuh badan yang hanya di PINJAM. Tak malu.

No comments:

Post a Comment