20 December 2011

Antara Kemenangan Ahli PBB (Freemason)

Yang kanan tu pakcik siapa? 

 Wall of Death Alesana/Second Combat

 Orang di sebelah kiri tu kena perli :D

 Sebelum saya memulakan cerita, saya ingin memberitahu bahawa saya antara penggemar dengan agenda freemason. Saya ni bukanlah hebat sangat dalam hal-hal begini, tapi ada lah sedikit info-info yang boleh saya kongsikan kepada semua yang tidak tahu atau tidak menyedarinya.

 Ingat lagi peristiwa Bersih 2.0 pada 9 July lalu? Peristiwa ini salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan hampir kesemua rakyat Malaysia pada zaman pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Hal ni terjadi kerana Parti Bersih ( Pembangkang) inginkan pilihan raya secara adil dan bersih. Mereka ingin membuat perhimpunan jalanan menunjuk perasaan secara aman. Jika ingin tahu lebih lanjut, sila melayarinya di google.

 Mungkin ramai yang tidak perasan apabila terjadi perkara seperti di atas, ada pihak-pihak yang tertentu akan meraikannya seperti melihat pasukan kegemaran mereka menang dalam pertandingan sepak bola Piala Dunia. Ya, sudah tentu ahli-ahli Freemason ini. Anda sebagai pembaca mungkin hairan apabila saya berkata sedemikian. Dipendekkan cerita, mereka ini ( ahli freemason ) sebenarnya ingin menakluk tanah melayu serta menyebarkan ajaran mereka dari dahulu lagi tetapi tidak berjaya. Lalu mereka ikhtiar cara untuk menakluk tanah melayu. Mereka tahu jika beradu darah, mereka akan kalah kerana mereka beradu nyawa untuk hidup, tetapi tok nenek kita beradu nyawa untuk syahid. Kerana agama islam sangat kuat dan kental dalam hati mereka.

 Antara cara mereka ialah memisahkan satu negeri kepada beberapa negeri, dari satu wilayah kepada beberapa wilayah, dari satu sempadan kepada beberapa sempadan. Dengan ini akan berlakunya rasist walaupun seagama tetapi berlainan warna kulit. Taktik seterusnya adalah taktik yang paling berjaya dilaksanakan mereka. Iaitu cara pemerintahan Kerajaan Demokrasi. Demokrasi berasal dari perkataan Yunaini iaitu  Demo-cracy.`Demo' bererti rakyat atau masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang. Sila ke Google jika ingin mengetahui maksudnya dengan lanjut.

 Pada 9 July lalu, sebanyak 95% keseluruhannya orang Melayu dan beragama Islam bergaduh sesama sendiri sehingga ada yang tercedera tidak kira peringkat umur. Hal ini terjadi kerana Demokrasi. Manusia yang ingin memenuhi kehendak masing-masing sehingga sanggup mencederakan sesaudara Islam dan sebangsa. Mereka ingin kuasa untuk memerintah kerajaan ini. Akhirnya, diri sendiri yang menanggung sakit dan telan air liur kerana mereka yang bersusah payah, tetapi pihak atasan (wakil rakyat) tidak tercedera dan penat walaupun sedikit sedangkan mereka yang menduduki kerusi tersebut. Sekarang perkara ini bagaikan habuk-habuk di udara. Tidak seorang pun yang ingin berbincang mengenainya lagi. Kasihan sungguh orang yang tercedera! Sakit kosong je.

 Agenda Freemason untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu di Malaysia berjaya kerana sistem Demokrasi ini. Dan saya ada membaca info bahawa, sedang kita sibuk-sibuk bergaduh sesama sendiri, bangsa Cina sedang bersiap-sedia untuk menjajah Putrajaya. Kebenarannya saya tidak tahu, Wallahualam. Kedudukan orang melayu Islam di Malaysia sebenarnya umpama telur di hujung tanduk. Tunggu masa saja.


Di bawah ini adalah persoalan saya yang masih saya fikirkan sehingga sekarang yang tidak terjawab :-

1)Kita rakyat Malaysia yang berada di dalam kerajaan demokrasi yang bermaksud rakyat yang memilih pemimpin. Dan sekarang YB Najib telah merasmikan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencampaian Diutamakan. Persoalan saya ialah kami sebagai rakyat boleh memilih siapa yang kami ingin menjadikan pemimpin tetapi bila kami ingin bersuara, pihak kamu menutup suara kami, apabila membuat menunjuk perasaan, pihak kamu menghalang. Sedangkan kami berada di dalam kerajaan demokrasi dan seperti mana yang kamu katakan "Rakyat Didahulukan". Saya menjadi bingung sehingga menghantukkan kepala saya di peti ais yang emak saya baru beli.

2) Kenapa Dragon Ball Z kat 616 ulang balik? Hari tu dah sampai episod jauh, tiba-tiba episod pertama pula. Sakit hati aku pun ada batas dia. Nasib baik tv ni mak aku punya. Haihh~ Sabor yo jang.

No comments:

Post a Comment