24 March 2011

Siti pelacur!

Waaahh kucing-kucing comel. Kalau boleh bela lagi kan bagus. Dulu aku ada bela kucing tau. Tapi kat rumah lama dulu lah, sbb rumah teres. Erm, kisah dia mcm ni. Kakak 1st aku ada jumpa sekor ni, warna putih berbulu kucing parsi, yang lebat2 cpt terputus bulu dia tu, mcm dlm iklan tv. Tahu kan? Zaman kakak aku dulu, Siti Nurhaliza meningkat naik, so dia letak nama kucing tu Siti.

Kalau semua nak tahu, Siti ni kaki lacur doh! haha takbaik aku. Tapi betul lah, dia suka pikat-2 kucing2 jantan sekitar rumah, lepastu buat anak tinggal mcm tu je, suruh kami bela, then dia pergi cari kerja (lacur diri) haha. Husband tua dia kucing jiran sebelah, nama dia Bapak, muka mcm Scarface, dia pegang kawasan situ haha. 24jam hilang je, bila time makan reti pulak balik. Anak berpuluh-puluh, ada mati time lahir, hilang kene colek, yelah anak2 dia smue mcm dia , berbulu parsi lawa2.

Nama anak2 dia mcm2, dah takde idea sampai bg nama ikut sifat2 keperibadian masing2. Faham? Ala mcm Bising sebab pantang nmpak manusia mst memekak, Pemalu sbb jumpa manusia malu2, Jilat sbb kau letak je jari dpn mulut dia ondespot dia menjilat smpai kau melepet kat situ haha (uhh geli dia jilat2 haha) , lepas tu ada bg nama ikut Colour masing2.

Masa aku darjah 5 atau 6, ibu suruh buang kucing2 tu sbb dah taktahan jaga. Terlampau byk. Siti lah, kuat melacur, smua dia pnya pasal -,- Okay buang. Lepas dlm beberapa minggu, dgr cerita kucing2 kami ramai bela, ada yg bela elok2, ada yg dera cekik2 :( Rindu oh!

Nak tgk kucing marah tuan dia sbb pecahkan gelas tak? haha Play je kat bawah ni :

http://selamatkankucingmalaysia.blogspot.com/2011/03/kucing-marah-cawan-pecah.html

Kalau tak faham, aku terang kan. Tuan dia pecahkan gelas, kucing dia marah2, bini kucing tu mempertahankan tuan dia, dia ckp "sudah abang, yg sudah tu sudah" HAHA kelakar doh xD

2 comments:

dhilla nazli said...

hum.. comel je.. tapi cian kucing tu kne cop pelacur.. ahahaha

SuperApiq said...

dah dia suka main jantan, mmg kne cop lah haha

Post a Comment